Kau muncul setelah sekian lama pergi tanpa sebarang penjelasaan
tanpa kau fikir luka saat kau pergi dan ku terkapai menagih kasih
setelah ku bahagia kau menagih kasih kembali kepadaku
dengan seribu kata maaf dan penyesalan tapi untuk apa semua itu
kenapa tidak dari dulu kau muncul saat hatiku masih kosong
dimana kau berada pada waktu di saat perasaanku meronta2
untuk mendapatkan kau kembali dan ku dapat hanya kata putus
dan kini kau datang kembali merayu kepadaku
untuk memulakan semula yang telah kau akhiri sendiri
ku cuma mampu memberikan kata kemaafan dan terima kasih
untuk segala yang telah kau korbankan untukku
sehingga kini tiada yang mampu menggantikan mu di fikiranku
segalanya berfikir dan berputar disekeliling tentang kau
namun sekali terdetik adakah kau juga begitu
dan jawapan untuk soalan ku itu adalah mustahil
kini ku bahagia dengan hidupku tanpa mu
walaupun tanpa seseorang yang mampu menggantikan mu
kerana mereka lah aku mampu bangkit dari kekecewaan
kerana mereka juga lah aku mampu tersenyum kembali
dan kerana dia juga kini kau bukan di hatiku lagi..


No comments:
Post a Comment