Photobucket

Wednesday, 9 March 2011

ANDAI AKU SUDAH TIADA..

aku gembira melihatmu tertawa riang
                                                                                                    
melihatmu bermain dengan rona hidupmu                                                  
di hati ini sentiasa basah dengan doa untukmu
semoga Dia sentiasa tunjukkan jalan kebenaran
agar kau tidak sesat di persimpangan hidupmu
ku harap hatimu akan terbuka pada jalan itu..

ku berharap aku mampu melihatmu pada waktu itu
dan ingatlah andai ku tiada di waktu itu
aku akan tetap tersenyum untukmu
kerana pada masa itu doa terbesarku termakbul
walaupun aku tidak sempat melihat senyumanmu pada masa itu..

aku hanya mampu bermonolog tanpa mampu bersuara
kerana kuyakin kau tidak mungkin merasa sperti ini
kerana hidupmu penuh warna bersama mereka
namun pintaku jangan pernah lupakanku di sini
walau aku sudah tiada bersama mu
simpanlah segala kenangan yang terindah bersama
jangan sekalipun airmatamu jejak bumi

simpan lah airmatamu itu untuk satu kegembiraan
bukan untuk meratap pemergianku
namun tataplah dengan senyumanmu
dan basahkanlah bibir dan hatimu
seribu kalimah Allah untuk ku
dengan itu aku akan pergi dengan aman

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers